Monday, 17 September 2012

AKU PUTERI WALIKU....



Kakak menulis : Aku puteri waliku...

Begini ketika mendapat pertanyaan tentang perkahwinan... aku bukan ingi berbiacara soal itu.. tapi bungkam bila diminta menjawab persoalan itu. Aku jadi terfikir apa ini ujian atau satu dugaan semata? pening fikir, aku kembali kepada pesan.

Aku puteri waliku....
aku sayang waliku... dia abiku, dia ummiku....

sepanjang kehidupan hanya mereka yang tahu seok - belok hidupku selepas Allah Yang Maha Tahu..

Kenapa di sini aku coretkan tinta yang halus ini?

sebab aku cuma ingin menulis tatkala hatiku mula berbicara...

kenapa manusia mendahulukan insan yang disuka daripada ibu bapa insan tersebut... kadangkala aku jadi pelik, kenapa ada yang bercinta tapi tak diketahui oleh ibu bapa?

kalau ayahku, banyak pesan yang diberi. bayak input yang aku pegang. banyak nasihat yang abi utarakan. sampai aku dapat melihat betapa itu curahan kasih sayang. sayang daam bentuk menjaga maruah dan hak wanita puterinya.

aku percaya pada waliku, dia lebih tahu tentangku selepas Allah Yang Maah Tahu. bertanya dia bagaikan telah memberi jawapn dariku.

aku tidak mampu memberi jawapan, aku juga tidak tahu bagaimana harus aku putuskan. Aku bicara pada Allah dalam istikharah dan aku meyakininya. Aku tetap tidak dapat merasa lega selagi aku terikat dengan pesan2 waliku yang amat menyayangiku.

Aku puteri waliku, Amanahnya adalah aku. takkan kusiakan amanah ini. akan kucuba menjaga diri ini. Usah kau risau waliku, puterimu kini dalam rahmat Ilahi. Aku cuba menjaga seupayaku agar Allah membantuku dalam jauhan kerlipan matamu..

Sekian.

No comments:

Post a Comment