Tuesday, 18 October 2011

Apakah permulaan Hari ini satu Kejayaan ?

Assalamualaikum, sahabat pengunjung yang dirahmati Allah sekalian.....

Allahu Akbar! Sebaik2 perancang adalah Allah S.W.T.

Perancangan kita hari ini tak semestinya berjalan selari dengan apa yang telah dirancangkan.

"Ku tanamkan niat unutk mulakan hari dengan qiam namun terkubur dek ketiduran yang dikejutkan dengan azan Subuh berkumandang"

Meneliti perasaan disebalik peristiwa yang terjadi...

"Wh" Questions untuk diri :
1) Apakah "manner" tidurku semalam?
PASTI ADA PERATURAN TIDUR YANG TIDAK DIAMALKAN
2) Apakah dosaku semalam?
PASTI ADA SAMADA ANTARA DOSAKU PADA DIRI, ORANG LAIN DAN ALLAH.
3) Bagaimana dengan kelazimanku semalam?
PASTI ADA SESUATU YANG TERCICIR UNTUK DILAKUKAN.
4) Siapa telah aku sakiti hati mereka samada sedar atau tidak?
PASTI ADA NAMUN AKU TERLUPA PADA 4 PERKARA. (rujuk gambar)

5) Dimana kebergantunganku kepada Allah dalam setiap urusan?
PASTI KEYAKINANKU UNTUK MENYERAH TOTAL URUSAN PADA ALLAH DALAM BERUSAHA MASIH BELUM MENCAPAI 0.1%
6) Bila waktu aku tidur semalam?
PASTI TIDUR YANG LEWAT DAN BAWA KEMUDARATAN.

Penyesalan datang kerana aku masih belum berjaya.. Sudah lama dicuba namun masih belum berjaya untuk istiqamah. Mungkinkah untuk aku mengakhiri niatku?

TIDAK,.. sesekali tidak mungkin. Biarpun diri tidak berjaya menghadap Rabbul JAlil pada malam hari, kumulakan hari ini dengan kewajipan solat dan ku tanamkan azam bahawa hari ini lebih baik dari semalam. Biar aku tidak berjaya namun sedikit usaha kecil seperti menanamka niat untuk sesuatu kebaikan itu telah dicatitkan oleh malaikat Raqib satu pahala.

Namun, apa yang kita lakukan bukan untuk mengejar pahala aau syurga, tapi yang diingini adalah Keredhaan Allah.

Apakah cukup  iman yang tidak setanding para sahabat apatah lagi iman Rasullah mencukupi timbangan mizan yang menjadi syarat untuk keSyurga?

Wallahua'alam(Allah lebih Mengetahui). Namun, hamba yang sentiasa berusaha dan melakukan kesilapan an menyedari akan sentiasa mengingati Allah, dan aku yakin... Allah itu Maha Penyayang, Pasti Dia Makin Sayang!

Serahkan urusanmu pada Allah,tapi tugas brusaha tak boleh padam daripada rohani dan jasmani.

Fikirkan perkongsian ini...!

No comments:

Post a Comment