Tuesday, 18 October 2011

Perlukah membuat penilaian terhadap HARI ?

Bismillahirrahmanirrahim....
Kumulakan tinta ini dengan ucapan Subhanallh, Alhamdulillah, La Ilaha IllaLlah, Allahuakbar!

subhanallah, begitu agung Penciptaan hidup ini, Lebih agung lagi penciptanya.

disini kakak teruja untuk menulis kalam buat semua.
tefrikir disaat ini perlukah Penilaian Terhadap Hari (PTH) ?


ah, hari cuma satu ruang yang kita isi dengan perkara yang sama setiap hari, mengapa perlu dinilai lagi? pagi bangun, solat, mengaji,menelaah, bermuamalah... semua perkara baik... biarlah penilaian itu....

ya, betul, hari yang dilalui seringkai "rotate" perkara yang sama dengan haris semalam. Terkadang, hari yang dilalui membuatkan manusia bosan dengan kehidupan...

Oleh sebab itu, penilaian terhadap hari perlu dilakukan... setiap saat yang dilalui perlu disemat dalam memori kita. Dalam setiap hari kita mengharungi dua hubungan, bukankah begitu?

Pertama, hubungan antara kita dengan Allah.
Kedua, hubungan kita sesama manusia.

hari yang dilalui sepatutnya bervariasi. Perlu ada penambahan disebalik kekurangan . Graf hari - hari yang dilalui tidak mungkin sentiasa menaik, bahkan ia pastinya ada turun dan naik. Kadang - kadang taburannya bercempera dan agak sukar untuk mentafsirkannya.

Apakah maksudnya itu? Itu menunjukkan bahawa iman manusia bukankah seperti iman para nabi, dimana iman para nabi sentiasa  menigkat setiap masa. Iman hamba juga tidak seperti iman para malaikat, sentiasa stabil. Namun, setiap hamba akan mengalami iman yang menaik dan menurun. Turun naik iman boleh berlaku bila -bila masa sahaja.

Dunia kini bertaburan dengan fitnah. jika di"scan" pastinya dapat kita lihat jarum - jarum fitnah disetiap sudut kehidupan kita. Kita mungkin tidak menabur atau menyemai fitnah. Namun, kita disuntik dan tersuntik jarum fitnah.

Jarum fitnah mudah tersuntik dala diri apabila kita mula menjauhi perkara-perkara dan perbuaatn yang melambangkan keizzahan Islam. Contoh mudah, apabila kita menukar pakaian kita yang plain kepada versatile fesyen yang membawa kepada tidak ikhlas dalam berpakaian.

Oleh itu, kaka mengajak abang2, adik2 dan teman untuk sama - sama kita koreksi diri kita. Jom kita buat penilaian terhadap diri kita. setiap hari cuba ingat dan teliti kembali apa yang telah kita lalui. Apakah segala tindakan itu dilakukan dalam keadaan hati mengatakan ia daripada Allah ?

No comments:

Post a Comment