Tuesday, 22 May 2012

kakak Jumpa : Catatan Yang Tak Dibukukan..Menarik dan MEsti Dikongsi


LAYAR KEHIDUPAN


Kehidupan takkan  sama.  Bergantung pada orang yang  mengenderainya. Hakikatnya, manusia mampu untuk membentuk sebuah kehidupan yang bahagia dan bermakna. Tanpa ada rasa curiga terhadap kehidupannya. Tanpa mengaitkan kehidupannya kini dengan kehidupan orang tuanya. Manusia semuanya berbeza. Allah itu Maha Adil.  Dia Maha Memberi dan Maha Berkuasa.

Belajarlah dengan kehidupan. Usah malu dan segan dalam belajar. Buat selagi anda tahu ,ia tidak salah dalam batasan syara’. Lakukan biar perbuatan anda dicemuh oleh masyarakat. Ingat! KEHIDUPAN BUKAN BERLANDASKAN APA YANG DICORAK OLEH MANUSIA, TETAPI IA SEBUAH MEDAN UNTUK MENGABDI DIRI KEPADA ALLAH DALAM SEMUA PERKARA . ANDAI SEGALA  PERBUATAN YANG DIREDHAI OLEH ALLAH ITU DILAKUKAN DENAGN IKHLAS., PASTINYA IA MERUPAKAN SATU IBADAH YANG TAK TERNILAI HARGANYA DISISI ALLAH

Manusia akan pernah untuk kembali menoleh ke belakang. Setelah sekian lama meniti kehidupan. Manusia adakalanya gusar untuk menempuh cabaran. Tribulasi dirasakan kepayahan dan kesenangan dianggap teman. Tatkala itu, manusia adakalanya lupa kalau dunia itu berputar di atas aturan Allah S.W.T. Setiap   kesenangan yang dirasakan takkan datang bergolek tanpa merintang cabaran.

Apabila anda telah melangkah untuk melakukan sesuatu perkara , ikhlaskan niat dan lakukanlah dengan jujur. Buangkanlah sifat suka membangkit – bangkitkan hak yang telah lepas. Terimalah apa yang telah terjadi dengan hati yang redha dan ikhlas.

Apalah gunanya andai mengeluh . Sebenarnya itu mencari hina disisi Allah. Allah tidak suka orang yang suka mengeluh dan meratap kehidupan. Walaubagaimanapun kehidupan, usah mundur. Dalam setiap kehidupan ada pahit dan manis. Yang  manis amat senang untuk ditelan dan yang pahit perlu bertahan. Kiranya kesabaran menjadi toggak, kehidupan dapat dijalani dengan penuh kegembiraan.

Apalah gunanya dibekali bibir andai untuk senyum pun keberatan namun alangkah ruginya disediakan bibir, andai ia hanya untuk senyuman manja yang menggoda manusia, menjadi pencetus kepada yang alpa.

Lumrah namanya kehidupan. Rasa canggung andai tanpa antara manusia itu ada ikatan. Mencari redha Tuhan, menggapai Hubb dari Nya yang satu, bukan mudah. Betapa cemburunya hati pada manusia yang begitu teruji dalam kehidupan . setiap detik dipenuhi dengan tohmahan, namun tak pernah lepas untuk mengekori kesalahan. Apa mereke sedar,,,, kalau dunia bukanlah hanya menyapa pada kelekaan , ghaflah dalam ikatan antara manusia,. Manusiaa mengganggu manusia. Betapa bodoh dan cetek pengadaptasian manusia terhadap akal yang dikarunia. Manusia semua ada kerja, tak mungkin hanya focus pada yang satu. Oh, dunia… memang aku buntu untuk mengisi perutmu dan syahwatmu hingga kenyang dengan kesukaan  dan keseronokan…. Apalah ertinya hidup ini, kalau aku perjudikan diriku pada sesuatu yang tak pasti….

Ya Allah, aku pohon padaMu peliharalah aku dari ujian yang berat sebagaimana  telah engkau timpakan pada sahabat – sahabatku, bantulah aku untuk menyucikan diriku daripada fitnah dunia… ya Allah andai mereka yang begitu kuat bisa tumpas dan tertewas dengan ujian Mu itu, apalah aku ini hanyalah hamba ,kerdil yang  kecil disisiMu… Ya Allah dalam hidupku ini cukuplah jika hanya Engkau sahaja yang sudi memberi Ar – Rahman dan Ar – Rahim – Mu buatku…. Bantulah aku dalam bersahabat, engkaulah yang hanya mampu memanduku dalam menguatkan diriku disamping sahabat – sahabatku, YA ALLAH, pengaruh yang aku terima bisa menjauhkn aku driMu, andai apa yang dihadapi ini adalah demii engkau mengujiku dan demi  mentaqarrubkan diriku padamu… sudilah kiranya engkau mendorong titian hatiku kejalan meredhai segala Qada’ dan Qadar-Mu.

Ya Alalh telah aku serahkan jiwa dan ragaku padaMu, lunturkanlah rasa yang mencela antara ikatan cinta aku pada  padaMu…..Ya Allah aku begitu memohon padaMu, tutuplah segala lubang yang membawa kejahatan aku padaMu….  Bantulah aku untuk selamanya berasa Izzah dalam doaMu…  Aku pohon padaMU berilah petunjuk yang terbaik dariMu,,,, ampunilah aku kerana aku adalanya hanya bisa melihat dan membenci ,melarikan diri dan menangisi dalam dalam hati… betapa bahagianya sanubari ini tatakala berbicara berasama teman – teman yang mengingatkanku pada Mu,,, YA Alllah, terbitkan lah padaku rasa cinta padaMu yang takkan pudar dan pandulah aku untuk menjadi insane paling bertakwa dalam kalian insane…. Aku memohon padaMu Ya Allah…. Bantulah aku…. Pandu  Aku YA Allah….

Tenangkanlah hatiku dalam perkara – perkara yang aku begitu tidak tahu tentangnya… andai ia baik disisiMu, maka pasti baik untukku…. Aku yakin Ya allah,selagi aku masih menaruh harapan dan persepsi yang baik terhadapMu selari itulah KAu jua melemparkan segala yang suci buat diriku….

Ya Allah kiranya pernah aku cuba untuk menyalahi peraturan syariatMu, tempiskanlah perasaan itu dariku……. Berilah tamparan hebatMu padaku, YA Allah sudah lama aku tidak dimarahi, sudah lama aku tidak mendengar manusia mencalaku, tapi aku berasa kurang selesa, kerana aku makin jauh dariMu…
Ya Allah
Kini manusia melihat sesuatu yang berlaku  itu sebagai lumrah putaran alam. Mereka tidak lagi memikirkan tentang apa  yang terkandung dalam syariat. Mereka melihat ikutan terhadap al – quran dan As- sunnah hanya semata adat…………… MasyaAllah… NauzubiLlah Min Zalik…….

Ya Allah Ya Rabbul Izzati
Kiranya hari – hariku ini telah jauh berikhtilah dengan dosa. Ya Allah Ya Rabbi, betapa bertimbunnya dosa yang telah aku lakukan, aku tertanya Ya Alah, mengapa aku telah terjerumus untuk mengenepikan sunnah RasulMu? Aku telah melanggar prinsip yang dilestarikan oleh Baginda, Ya Rabbi… AstaghfirullahalAzim…. Aku tertanya dalam  Sanubariku… mengapa aku marah pada manusia yang telah membuat hatiku terluka? Sedang salah itu hanya padaku… dia tidak melakukan kesalahan itu padaMu, Ya Allah..! Ya Allah kiranya Engakau sudi, sedarkanlah hatiku untuk aku memohon maaf terhadapnya, denga rahmatMu dan wasilah yang terbaik tanpa asa tercalit sedikit pun unsure fitan mahupun syitan…. Aku telah salah Ya Allah, dan aku telah begitu sedar… Ya Allah ku pohon darimu Ya Allah, kiranya aku memohon agar Kau sudi untuk menjaga hatiku…  Ya Allah. Benar sekali seandainya aku tidak ingin memarahi tindakan manusia yang khilaf terhadapku, kerna aku tahu itu kekurangan yang Engkau jadikan rahmat buat mereka yang Redha….Tapi aku pasti dan tanpa segan untuk marah pada yang telah melakukan khilaf tehadapMu….
Ya Allah Ya Rabbul Izzati, betapa indahnya ciptaanMu, hebat tanpa dapat aku nukilkan… hamdalah dan pujian yang erat aku manifestasikan buatMu… Aku telah mendapat anugerahMu, Kau anugerahiku dengan mekrifat kasih – sayang , aku mengenal kasih dan empati pada segala yang telah engkau ciptakan di muka bumi ini… rasa kasihku adalah kerna ,kecintaan yang telah aku garap tehadapMu…. Ya Rabbi, ku mohon dengan kesudianMu untuk kau bukakan padaku rasa kasih yang mendalam kepada setiap lapisan masyarakat, samada manusia, jin mahupun hidupan lainnya yang Engkau Redhai….. Ya Allah Aku begitu bersyukur dengan nikmat ini… kau beriku mengenal untuk membeza antara kasih dan cinta, antara kebenaran dan kebatilan, namun sampai saat dan detik ini, dan yang sedia mendatang, aku begitu bermohon agar Kau sudi menjagaKu, Jagaan Mu adalah Yang TERBAIK, tapi Jagaan diriku yang KAu titipkan pada manusia, aku syukuri dan Kau lebih TAhu untuk menilainya…. SALAM THABAT BUAT DIRIKU DALAM PERJUANGAN ISLAM… DI MANAPUN AKU, ALLAH SEBAGAI PELINDUNGKU, PENYELAMATKU, BEGITU KOMPLIT SEHINGGA AKU TAK PERLU GUSAR MAHUPUN RESAH, TAK PERLU TAKUT, BUKAN KERNA TAKBUR MAHUPUN SOMBONG, TAPI KERNA AKU MAHU TINGKAT KEYAKINAN  YANG BEGITU TINGGI , BAHAWA DIRIKU TAKKAN BERNILAI TANPA  AKU BRSAMAMU YA RABBI…DOAKU: AGAR ALLAH SEDIA MEMBERIKU KESEDARAN UNTUK BERTAUBAT  BAGI SETIAP DETIK YANG BERLALU, TAUBAT PENJAGA IKATANKU BERSAMA TUHANKU, KERNA SELAGI ADA RASATAUBAT MAKA SELAGI ITU AKU MASIH SEDAR BAHAWA AKU ADALAH HAMBA KEPADA-NYA …. WALLAHU A’LAM..

Aataghfirullahalazim, rindu pada kalimah2 suci yang sentiasa bibir lontarkan. Betapa hati berat unutk menyatakan. Betapa hati gusar memikirkan. Apakah rasa yang Allah campakkan?

Apakah pengertiannya sebuah perkahwinan?

First stage, akal tidak mahu memikirkan. Hati merasa ia menduakan cintaKu denganMu ya Rabb…!!! Hati tidak rela namun cuba mencari amanat Rasul yang mulia.

Penolakan adalah sesuatu yang salah, kerana cinta selepas Allah adalah cinta pada Nabi yang Mulia. Yang disanjung dan disayang yang dirindu unutk berjumpa.

Pernah terdetik pada hati, rindu pada nabi tatkala diri membelek hadis Imam Nawawi. Terasa indahnya bayangan di bawah lindungan pemerintahan zaman Nabi.

Jemari masih terketar untuk menulis. Nabi menyuruh umatnya menikah.

Buntu dalam dilemma yang panjang.

Menikah sekarang pasti bukan. Ilmu yang amat sedikit tidak mungkin mampu mendidik generasi yang mendatang. Pemerhatian yang zero buat hati jadi bungkam. Tanggungjawab yang mendahulukan kebahagiaan saudara-mara kesayangan buat persoalan sedemikian diketepikan.

Ya Allah, syukran wa Syukru lillah. Syukran atas persoalan ang ditimbulkam,\. Syukur atas rasa resah dan gelisah yang telah Engkau campakkan. Takut pada maksiat kerna itulah Engkau jadikan hambaMu kesayangan. Tertanam dalam jiwa tenteram.

Salah pasti terpalit pada diri, maka orang lain didoakan.
Kebahagiaan kalian pasti didahulukan.

Aku tahu bahagia dan kesenangan yang zahir bukan milik diri, tapi cukup..cukup Allah jadi pendamping diri.

Biar tangis dan sendu berbicara denganMu ya Rabbi…

Indah lisan dengan zikir dan fikir/….

Indah kalam hinggaku bisa melihat cahaya Islam yang bersinar

Pada relung – relung kehidupan

Tersirat indah pada jalur masa yang mencengkam,

Hidup bukan kepayahan
Tapi koreksi langkah yang mendekatkan
Unsur taqarrub pada Tuhan
Ya Allah, Hatiku pada Mu,
Ku cari ilmu Mu
Dan aku amalkan
Biar hanya sepicing yang diketahui
Malu pada diri itu pasti
Bukan kesukaan dunia
Jangan aku dilalaikan
Cinta PadaMu Tuhan
Tak mungkin hati mendustakan
Telah kualami lagi kesalaahan pada diri. Aku menyakini pada sesuau yang tak pasti. Su uzzon pada hati. Kasihan melihat diri dan fikiran jerih memikirkan. Duhai hati, mengapa perlu bersangka lahi. Jenuh disuntik jarum syaitan pada diri. Masih alpa mengulang kilaf yang sama. Mengapa mesti hati membuat tanggapan lagi???? Ah, tanggapan boleh tapi meyakini pasti bukan, pasti tak boleh. Jangankan hidup di dunia, di akhirat lagi kau akan diseksa. Apakah aku tidak merasa seksa. Bagis etiap dosa yang dilakukan secara sedar? Apakah masih merasa lega denagnn dosa yang ditimbun tanpa tahu?
Aha, apakah hati tidak  merasa pilu?

Pada sebuah pelayaran kehidupan 0.000001 yang diambil Ibnu Batutah. Itupun kau tidak dapat selami. Dimana kau letakkan hidup\, sebenarnya. Sogoklah lagi hatimu itu dengan maksiat. Buatlah banyak lagi perkara bukan kerana Allah. Merasa halawahnya? Ah, pasti tidak! Kau tidakmampu melihat hati manusia….. banyak ilmu Allah buatmu telah hilang…
 Dustakan dirimu, pasti Allah jauh padamu, dia memberimu tapi tak semestinya dia menyayangiMu…!!!
Ingat !



No comments:

Post a Comment