Tuesday, 22 May 2012

Takkan Ku Biar Hati Menyambut Syaitan

Assalamualaikum, sahabat.

Inilah entri yang agak sukar untuk dinukilkan.

Bukan pakar kaunseling tapi tetap ingin berbicara soal hati.

Soal Hati? Siapa tahu bila ia menjengah kita?

Ringkas sahaja, perhatikan pengalaman sahabat kita ini :

"Sebelum ini ana seringkali berbicara soal hati kepada sahabat2 yang telah diuji dengan perasaan kasih dan mengasihi. Perkongsian yang ana berikan adalah mengikut logika kerana ana sendiri belum diuji. Ana bahagia. Bahagia kerana tidak perlu menaggung bebanan seperti mereka. Bukan ana tidak berkenan kepada lelaki, fitrah membuat manusia menjadi magnet berkutub utara dan selatan. Namun, ana tempis dan ana anggap semuanya mainan sahaja. Ana bergaul dengan muslimin seperti sahabat, tidak pernah terdetik untuk lebih dari itu. 

Tibalah suatu ketika, ana melihat para duaat berinteraksi sesama mereka. Ana kelu tanpa kata  tatkala melihat pergaulan yang kononnya dianggap islamik. Ana bungkam. Ana perhatikan diri. Jubah berlitup tapi kesalahan sama pernah ana lakukan. 

IKHTILAT. 

Ana disedarkan oleh Allah tentag IKHTILAT. Ana meneliti kehidupan. Ana melihat kesalahan2 yang berlaku. Hati ana sedih. Akhirnya ana mula menjauhi para muslimin. Hati ana tertutup unutk berkolaborasi dengan muslimin tanpa urusan kerja kendatipun dengan bertanya khabar atau menyambut kelucuan yang dilakukan dengan senyuman ikhlas. Kini ana sedar, muslimah itu panduan hatinya begini :

1) Meletakkan hatinya dan sifat sayangnya kepada Allah.
2) Menyayangi seluruh keluarganya.
3) Membataskan pergaulan dengan lelaki ( atas urusan sahaja bila berinteraksi )
4) Bertegas dalam apa jua keadaan sekalipun.
5) Tidak berkongsi masalah dengan lelaki.
6) Menjaga tatatertib seorang muslimah.
7) Mengawal cara interaksi samada melalui media atau secara langsung.
8) Menjauhi lorong-lorong fitnah.

Muslimah akan dikenali dan dikagumi juga digeruni kerana dia menjaga maruahnya. Dia mengenali dirinya dan tidak akan membenarkan sesiapa pun memiki sedikitpun daripada diri, jiwa, pemikiran dan perasaannya. Dia menghindari bisikan syaitan yang cuba menerobos dirinya.


Dan kita (muslimah) tak takut untuk dilabelkan sebagai warak mahupun sombong... Asal apa yang dilakukan demi kesejahteraan kedua-dua pihak di dunia dan akhirat. 


MUSLIMAH MENJAGA DIRINYA SETIAP MASA, TIDAK DIKIRA SAMADA DISUNTING ATAU BELUM, DINIKAHI ATAU BELUM. MUSLIMAH MENJAGA DIRI DAN MARUAH KERANA TAKUTKAN ALLAH BUKAN KERANA MANUSIA. MUSLIMAH SEDAR BAHAWA PEMILIK CINTANYA SETELAH ALLAH DAN RASULNYA ADALAH SUAMI YANG TELAH SAH AKAD UNTUKNYA.


Pekongsian apabila kakak meneliti ibrah kehidupan hari ini.


Hati Hanya Untuk Allah. Akan ku tentang jarum fitnah!

No comments:

Post a Comment